Wednesday, January 21, 2009

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali (3x) seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Saturday, November 1, 2008

Kehidupan Rasulullah SAW Yang Berpada-pada

Suatu ketika Rasullullah SAW menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya selama sebulan disebabkan baginda tidak menyetujui sesuatu perkara mengenai mereka. Selama sebulan baginda tinggal berasingan di sebuah bilik sebelah atas rumah. Suatu khabar angin telah tersebar di kalangan sahabat bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isterinya. Berita ini telah sampai kepada Umar r.a. lalu beliau pun bergegas ke masjid. Di sana beliau dapati para sahabat duduk berkumpul dengan wajah sugul. Lantas beliau ke rumah anak perempuannya Hafsah r. anha yang menjadi isteri kepada Nabi dan mendapati Hafsah r. anha sedang menangis di biliknya. Umar r. anhu berkata kepadanya:

"Sekarang mengapa pula kamu menangis? Tidakkah pernah selama ini aku berpesan kepadamu agar jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak sukanya?"

Kemudian beliau kembali ke masjid dan terlihat olehnya sebahagian para sahabat duduk berhampiran dengan mimbar sambil menangis. Kerana perasaan yang sangat dukacita beliau tidak dapat berlama-lamaan di situ lalu terus menuju ke arah bilik yang sedang didiami oleh Rasulullah SAW. Beliau mendapati Rabah r.a., seorang hamba duduk di atas tangga. Umat r.a. memintanya pergi berjumpa Rasulullah SAW dan memohon keiizinan baginda untuk bertemu. Rabah r.a. masuk ke dalam dan keluar semula untuk memberitahunya bahawa Rasulullah SAW duduk tenang tanpa berkata apa-apa. Umar r.a. kembali ke Masjid lalu duduk berhampiran mimbar. Lantaran kegelisahannya tidak membenarkan beliau duduk lama di situ dan sekali lagi beliau meminta Rabah r.a. memohon keizinan Rasulullah SAW untuk bertemua. Kali kedua ini pun Rasulullah SAW tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Setelah beberapa lama berada di mimbar, kerinduannya tidak tertahan lagi menyebabkan beliau meminta bertemu dengan Rasulullah SAW untuk kali ketiganya. Baharulah sekali ini, permohonannya diterima. Setelah beliau dibawa masuk, beliau lihat Rasulullah SAW sedang berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun tamar. Jalur anyaman tikar tersebut jelas kelihatan pada badannya yang mulia. Bantal Baginda diperbuat daripada kulit yang disumbat dengan kuit batang tamar.

Umar berkata: "Daku memberi salam kepada baginda dan bertanya: Adakah tuan telah menceraikan isteri-isteri tuan?" Baginda menidakkannya. Dengan penuh kelegaan daku pun memberanikan diri untuk membuat sedikit ulasan secara berjenaka. "Ya Rasulullah! Kita bangasa Quraisy menguasai wanita-wanita kita, tetapi sebaliknya orang-orang ANsar, mereka ini dikuasai oleh wanita-wanita mereka. Wanita-wanita kita juga terpengaruh juga dengan wanita-wanita di sini." Daku meneruskan lagi dengan kata-kata yang agak serupa yang membuatkan Baginda tersenyum. Daku perhatikan benda-benda yang terdapat di dalam biliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di suatu sudut. Daku cuba perhatikan sekeliling bilik namun tidak se-suatu apa pun yang aku jumpai lagi. Lantas dakupun menangis. Baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis?" Daku menjawab: "Wahai Rasulullah SAW, mengapakah daku tidak menangis? Daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada dibilikmu. Ya Rasulullah SAW! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. Orang-orang Parsi dan Rome yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah Maharaja mereka (yakni Kaiser dan Kusro) pada ketika ini hidup di dalam taman-taman yang mengalir air sungai di tengah-tengahnya, tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpiih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemiskinan.

Mendengar kata-kataku yang demikian, Rasulullah saw yang sedang bersandar di bantalnya pada ketika itu serta-merta bingkas lantas bersabda: "Wahai Umar! Masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? Keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. Orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagian mereka yang baik di dunia ini, sedangkan bagi kita, perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat. Daku tersedar dan menyesal lalu merayu Baginda, "Ya Rasulullah! Mintalah ampun untukku. Sebenarnya daku bersalah."

Lihat kesan duniawi terhadap rumahtangga dan kesan Akhirat kepada Nabi Allah yang tercinta. Lihatlah bagaimana Nabi menegur Umar r.a. ketika beliau meminta dipohonkan sedikit kelapangan dan keselesaan untuk mereka.

Seorang telah bertanya 'Aisyah r. anha mengenai tempat tidur Rasulullah saw di dalam rumahnya. Beliau memberitahu:
"Tempat tidur itu terdiri daripada bantal kulit yang disumbat dengan kulit pokok tamar."

Seorang yang sama diajukan kepada Hafsah r. anha. Beliau memberitahu:
"Ia terdiri daripada sehelai kain kasar dihamparkan untuknya setelah dilipat dua. Suatu hari daku telah melipatnya sebanyak empat lipatan agar baginda lebih selesa. Pada waktu subuh Baginda bertanya kepada ku: "Hamparan apa yang kamu bentangkan untukku semalam?" Jawabku: "Kain yang sama tetapi daku telah lipatkan menjadi empar, tidak seperti biasa." Baginda menjawab: "Lipatlah seperti biasa. Kelembutan yang bertambah itu menghalangiku untuk bangun Tahajjud."

Perhatikan keadaan perabot di bilik tidur kita. Kita yang biasa hidup di dalam serba selesa dengan mudah mengomel apabila datangnya masa kesusahan. Bukanlah mahu bersyukur dan lebih taat kepada Allah di atas nikmat kurniaNya.

Thursday, October 9, 2008

Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. 

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw. 

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. 

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Tuesday, September 23, 2008

Mencari Malam Lailatul Qadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. 

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR, JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

  1. AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
  2. ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN
  3. SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN
  4. KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN
  5. SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

  1. malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Thursday, September 11, 2008

Kelebihan satu sujud kepada Allah Ta'ala

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Ma'dan bin Talhah Al Ya'mari beliau berkata:

"Aku telah berjumpa Thauban, khadam kepada Rasulullah SAW dan aku bertanya: "Beritahulah kepadaku satu amalan yang jika aku amalkan akan memasukkan aku ke dalam Syurga". Maka Thauban tidak menjawab. Lalu aku bertanya lagi, beliau tidak juga menjawab. Akhirnya pada kali ketiga, Thauban berkata "Aku telah bertanya soalan yang sama tadi kepada Rasulullah SAW, maka Baginda menjawab: " Hendaklah kamu membanyakkan sujud keopada Allah SWT, kerana sesungguhnya setiap satu sujud kamu lakukan kepada Allah, maka Allah SWT akan mengangkat satu darjat untuk kamu, dan menghapuskan satu dosa daripada kamu." Berkata Ma'dan tadi: "Aku telah berjumpa Abu Darda' r.a dan bertanyakan soalan yang sama tadi, maka dijawab kepadaku dengan jawapan yang sama."

Sujud sebagaimana yang kita tahu adalah satu amalan yang begitu mudah sekali.

Perhatikan makna hadis ini dengan teliti, kalaulah dengan satu sujud sahaja, Allah SWT mengangkat satu darjat untuk hambanya, dan menghapuskan satu dosa daripadanya, bagaimana pula jika dilaukan di Masjidil Haram, iaitu 100 RIBU DARJAT diangkatnya oleh Allah Ta'ala, dan seratus ribu dosa dihapuskan darinya.

Cara untuk mendapatkan pahala yang berlipat ganda daripada sujud ini tidak semestinya di dalam solat, bahkan kalau kita sedang berehat atau sedang duduk, ataupun mendengar berita gembira, rengankanlah badan untuk meletakkan dahi ke bumi, bersujud kepda Allah SWT dengan berkali-kali, dan setiap sujud dibacakan "Subhanallah Walhamdulillah" atau lain-lain bacaan.

Satu darjat daripada Allah SWT tidak boleh kita samakan dengan darjat yang kita yang bayangkan dengan pemikiran kita, keran satu darjat di sisi Allah SWT adalah seluas di antara langit dan bumi sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.

Perhatikan sebuah hadis lagi daripada Rasulullah SAW apabila Rabi'ah bin Ka'bin r.a. bertanya:

"Aku ingin bertanya tentang (bagaimana) menjadi temanmu Ya Rasulullah di dalam Syurga? Bertanya Rasulullah: Adakah soalan yang lain? Aku menjawab: Itulah sahaja. Maka Rasulullah bersabda: Bantulah aku melalui diri kamu dengan memperbanyakkan sujud" (Riwayat Imam Muslim 489)

Bermakna dengan memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta'ala, akan mendapat tempat bersama dengan Rasulullah Shallalahu Alaihi Wasallam di dalam Syurga!

Ini bermakna jika seseorang itu rajin melakukan sujud kepada Allah, maka pahalanya melebihi daripada hidup seperti 7,000 tahun, atau 7,000,000 juta tahun sekalipun!

Inilah kelebihan yang terlalu besar untuk mereka yang rajin bersujud kepada Allah Ta'ala.