Sunday, August 10, 2008

Bahagian-bahagian Hadith


HADITH MUTAWATIR
Hadith perbuatan atau pengakuan (taqrir) nabi yang diketahui beberapa orang yang sampai kepada bilangan mutawatir - bilangan yang tidak mungkin pada fikiran mereka akan muafakat berbuat dusta tentang hadith itu.
Contoh:
"Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka" (menurut Imam Nawawi hadith diriwayatkan 200 orang sahabat)

HADITH MASYHUR / MUSTAFIDH
Hadith yang diriwayatkan dari 3 sanad berlainan atau 3 orang atau lebih 3 orang dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya 3 sanad berlainan.

HADITH SAHIH
Hadith berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan orang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat:
1- Adil
Orang Islam baligh, berakal, tidak mengerjakan dosa besar dan tidak berterusan mengerjakan dosa kecil, tidak melakukan perkara menjatuhkan maruah atau kehormatan diri
2- Dabid
Orang cukup kuat ingatan untuk mengingat sesuatu didengarnya dan mampu mengeluarkan dari ingatannya dengan mudah
3- Sejahtera dari keganjilan
Riwayatnya sejahtera dari perbezaan dari riwayat orang-orang yang percaya dengan bertambah atau berkurang pada sanadnya atau matannya
4- Sejahtera dari 'illat (kecederaan yang memburukkan)
Riwayatnya sejahtera dari yang tersembunyi yang dapat memburukkan atau mencacatkan hadith

HADITH HASAN
Hadith berhubung sanadnya dan diriwayatkan oleh orang-orang adil sama seperti hadith sahih, tetapi kurang dabidnya - yakni kurang ingatannya lagi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan

HADITH DA'IF
Hadith mempunyai syarat hadith sahih dan tidak pula syarat hadith hasan - perawinya bukan Islam, belum baligh, tidak diketahui orangnya atau sifatnya, tidak bagus ingatan kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya tetapi tidak pernah berdusta, tidak menjauhi melakukan disa dan perbuatan menjatuhkan maruah. Martabat hadith jenis ini ada yang terlampau lemah, atau lemah menurut keadaan sanad dan matannya.

Sebahagian ulama' membolehkan kita meriwayatkan hadith jenis ini dengan tidak menerangkan kedaifannya berhubungan kisah atau cerita pengajaran atau nasihat dan yang berkaitan dengan keutamaan amal (fadail al-amal), dan tidak dalam perkara berhubungan i'tiqad dan hukum halal, haram, makruh dan sunat.

Ada 3 syarat menggunakan hadith Da'if:
1- Hadith tidak terlampau daifnya
2- Hadith tidak dimasukkan kepada dasar yang dipegang
3- Jangan dii'tiqadkan di waktu mengamalkan hadith da'if

HADITH MARFU
Hadith yang bersandarkan kepada nabi - sama ada perkataan, perbuatan mahupun taqrir(pengakuan) baik berhubung sanadnya atau tidak.
"Berkata Ibn Mas'ud: Rasulullah mengutuk orang yang menghalalkan dan orang yang dihalalkan untuknya."

HADITH MAUQUF
Fatwa atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita, yakni fatwa yang terhenti pada sahabat, tidak pada nabi.

HADITH MURSAL
Perkataan seorang tabi'in yang sudah tentu tidak bertemu dengan nabi apabila ia berkata: (Telah bersabda nabi s.a.w.: demikian .... demikian). Hadith jenis ini yang dilangsungkan kepada nabi s.a.w. tanpa perantaraan sahabat.

HADITH MUTTASIL
Hadith yang berhubungan sanadnya, setiap orang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya hingga sampai kepada nabi atau kepada sahabat.

HADITH MAHFUZ
Hadith terpelihara, iaitu orang meriwayatkan hadith itu orang yang kepercayaan yang tidak menyalahi golongan kepercayaan yang lain daripadanya dengan menambah atau mengurang.

HADITH JAIYID
Hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli-ahli hadith.

HADITH MUJAWWAD & THABIT
Hadith meliputi hadith sahih dan hasan.



*terdapat beberapa lagi nama hadith yang tidak dinyatakan dalam buku ini



HADITH MAUDU'
Hadith palsu yang dikatakan hadith nabi s.a.w. tetapi bukanlah hadith nabi.
Sebab muncul hadith palsu:
1- Perselisihan siasah dalam soal khalifah. Golongan ini bertikai membuat hadith palsu untuk
kepentingan masing-masing. Contohnya hadith dari golongan Syiah:
"Apabila kamu lihat Mu'awiyyah atas mimbarku maka bunuhlah akan dia."

2- Zanadaqah : Golongan benci kepada kebesaran dan perkembangan Islam serta tidak senang hati akan kejayaan kerajaan Islam.
"Memandang kepada muka yang cantik adalah ibadat."

3- Asabiyyah : Golongan terlampau taksub kepada bangsa dan kebudayaan.
"Sesungguhnya Allah apabila Ia murka diturunkannya wahyu dengan bahasa Arab dan apabila Ia suka diturunkannya wahyu itu dengan bahasa Parsi."

4- Golongan taksub kepada Imam Abu Hanifah.
"Akan ada seorang lelaki pada ummatku bernama Abu Hanifah al-Nu'man bin Thabit, dialah pelita umatku."

5- Golongan terdiri daripada ahli-ahli hikayat yang berusaha menarik manusia kepada kebaikan melalui hadith palsu.
"Barangsiapa yang berkata Lailahaillalah, nescaya Allah jadikan dari setiap kalimahnya seekor burung, paruhnya dari emas dan bulunya dari marjana."

6- Pertikaian dalam masalah fiqh menurut mazhab. Contohnya hadith pengikut Imam Abu Hanifah untuk menegakkan mazhabnya:
"Barangsiapa mengangkat dua tangannya, maka tidaklah ada sembahyang baginya."

7- Kejahilan agama tetapi ingin kepada kebaikan untuk agama. Kebanyakannya ahli-ahli ibadat, orang tasawwuf dan orang soleh. Hadith palsu yang dibuat untuk menarik umat Islam kepada ibadat adalah tidak salah dan diharuskan.

8- Orang yang ingin mendekatkan diri kepada pembesar-pembesar dan ketua-ketua negara untuk mendapat penghargaan dan kehormatan.
"Tidak ada perlumbaan kecuali dalam perlimparan panah-panah, atau dalam perlumbaan kuda atau dalam memperadukan burung yang bersayap."

Mengadakan hadith dianggap berdusta kepada Rasul dan orang yang menggunakan nama baginda dengan menggunakan hadith akan dimasukkan ke dalam Neraka:
"Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barangsiapa yang berdusta atas namaku, masuklah ia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim dari Ali)

Kesimpulannya, tidaklah diharuskan mengetahui sesuatu hadith maudu' dalam apa jua perkara, baik urusan fada'il al-amal (amalan utama), perkara fadilat Al-Quran, atau apa-apa jua berkaitan hadith maudu' walaupun berniat baik. Tidaklah boleh meriwayatkan dan menerangkan hadith maudu' kecuali dijelaskan kepalsuannya dan dicegah mengamalkannya.

No comments: