Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Ma'dan bin Talhah Al Ya'mari beliau berkata:
"Aku telah berjumpa Thauban, khadam kepada Rasulullah SAW dan aku bertanya: "Beritahulah kepadaku satu amalan yang jika aku amalkan akan memasukkan aku ke dalam Syurga". Maka Thauban tidak menjawab. Lalu aku bertanya lagi, beliau tidak juga menjawab. Akhirnya pada kali ketiga, Thauban berkata "Aku telah bertanya soalan yang sama tadi kepada Rasulullah SAW, maka Baginda menjawab: " Hendaklah kamu membanyakkan sujud keopada Allah SWT, kerana sesungguhnya setiap satu sujud kamu lakukan kepada Allah, maka Allah SWT akan mengangkat satu darjat untuk kamu, dan menghapuskan satu dosa daripada kamu." Berkata Ma'dan tadi: "Aku telah berjumpa Abu Darda' r.a dan bertanyakan soalan yang sama tadi, maka dijawab kepadaku dengan jawapan yang sama."
Sujud sebagaimana yang kita tahu adalah satu amalan yang begitu mudah sekali.
Perhatikan makna hadis ini dengan teliti, kalaulah dengan satu sujud sahaja, Allah SWT mengangkat satu darjat untuk hambanya, dan menghapuskan satu dosa daripadanya, bagaimana pula jika dilaukan di Masjidil Haram, iaitu 100 RIBU DARJAT diangkatnya oleh Allah Ta'ala, dan seratus ribu dosa dihapuskan darinya.
Cara untuk mendapatkan pahala yang berlipat ganda daripada sujud ini tidak semestinya di dalam solat, bahkan kalau kita sedang berehat atau sedang duduk, ataupun mendengar berita gembira, rengankanlah badan untuk meletakkan dahi ke bumi, bersujud kepda Allah SWT dengan berkali-kali, dan setiap sujud dibacakan "Subhanallah Walhamdulillah" atau lain-lain bacaan.
Satu darjat daripada Allah SWT tidak boleh kita samakan dengan darjat yang kita yang bayangkan dengan pemikiran kita, keran satu darjat di sisi Allah SWT adalah seluas di antara langit dan bumi sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.
Perhatikan sebuah hadis lagi daripada Rasulullah SAW apabila Rabi'ah bin Ka'bin r.a. bertanya:
"Aku ingin bertanya tentang (bagaimana) menjadi temanmu Ya Rasulullah di dalam Syurga? Bertanya Rasulullah: Adakah soalan yang lain? Aku menjawab: Itulah sahaja. Maka Rasulullah bersabda: Bantulah aku melalui diri kamu dengan memperbanyakkan sujud" (Riwayat Imam Muslim 489)
Bermakna dengan memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta'ala, akan mendapat tempat bersama dengan Rasulullah Shallalahu Alaihi Wasallam di dalam Syurga!
Ini bermakna jika seseorang itu rajin melakukan sujud kepada Allah, maka pahalanya melebihi daripada hidup seperti 7,000 tahun, atau 7,000,000 juta tahun sekalipun!
Inilah kelebihan yang terlalu besar untuk mereka yang rajin bersujud kepada Allah Ta'ala.
No comments:
Post a Comment