Suatu ketika Rasullullah SAW menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya selama sebulan disebabkan baginda tidak menyetujui sesuatu perkara mengenai mereka. Selama sebulan baginda tinggal berasingan di sebuah bilik sebelah atas rumah. Suatu khabar angin telah tersebar di kalangan sahabat bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isterinya. Berita ini telah sampai kepada Umar r.a. lalu beliau pun bergegas ke masjid. Di sana beliau dapati para sahabat duduk berkumpul dengan wajah sugul. Lantas beliau ke rumah anak perempuannya Hafsah r. anha yang menjadi isteri kepada Nabi dan mendapati Hafsah r. anha sedang menangis di biliknya. Umar r. anhu berkata kepadanya:
"Sekarang mengapa pula kamu menangis? Tidakkah pernah selama ini aku berpesan kepadamu agar jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak sukanya?"
Kemudian beliau kembali ke masjid dan terlihat olehnya sebahagian para sahabat duduk berhampiran dengan mimbar sambil menangis. Kerana perasaan yang sangat dukacita beliau tidak dapat berlama-lamaan di situ lalu terus menuju ke arah bilik yang sedang didiami oleh Rasulullah SAW. Beliau mendapati Rabah r.a., seorang hamba duduk di atas tangga. Umat r.a. memintanya pergi berjumpa Rasulullah SAW dan memohon keiizinan baginda untuk bertemu. Rabah r.a. masuk ke dalam dan keluar semula untuk memberitahunya bahawa Rasulullah SAW duduk tenang tanpa berkata apa-apa. Umar r.a. kembali ke Masjid lalu duduk berhampiran mimbar. Lantaran kegelisahannya tidak membenarkan beliau duduk lama di situ dan sekali lagi beliau meminta Rabah r.a. memohon keizinan Rasulullah SAW untuk bertemua. Kali kedua ini pun Rasulullah SAW tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Setelah beberapa lama berada di mimbar, kerinduannya tidak tertahan lagi menyebabkan beliau meminta bertemu dengan Rasulullah SAW untuk kali ketiganya. Baharulah sekali ini, permohonannya diterima. Setelah beliau dibawa masuk, beliau lihat Rasulullah SAW sedang berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun tamar. Jalur anyaman tikar tersebut jelas kelihatan pada badannya yang mulia. Bantal Baginda diperbuat daripada kulit yang disumbat dengan kuit batang tamar.
Umar berkata: "Daku memberi salam kepada baginda dan bertanya: Adakah tuan telah menceraikan isteri-isteri tuan?" Baginda menidakkannya. Dengan penuh kelegaan daku pun memberanikan diri untuk membuat sedikit ulasan secara berjenaka. "Ya Rasulullah! Kita bangasa Quraisy menguasai wanita-wanita kita, tetapi sebaliknya orang-orang ANsar, mereka ini dikuasai oleh wanita-wanita mereka. Wanita-wanita kita juga terpengaruh juga dengan wanita-wanita di sini." Daku meneruskan lagi dengan kata-kata yang agak serupa yang membuatkan Baginda tersenyum. Daku perhatikan benda-benda yang terdapat di dalam biliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di suatu sudut. Daku cuba perhatikan sekeliling bilik namun tidak se-suatu apa pun yang aku jumpai lagi. Lantas dakupun menangis. Baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis?" Daku menjawab: "Wahai Rasulullah SAW, mengapakah daku tidak menangis? Daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada dibilikmu. Ya Rasulullah SAW! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. Orang-orang Parsi dan Rome yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah Maharaja mereka (yakni Kaiser dan Kusro) pada ketika ini hidup di dalam taman-taman yang mengalir air sungai di tengah-tengahnya, tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpiih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemiskinan.
Mendengar kata-kataku yang demikian, Rasulullah saw yang sedang bersandar di bantalnya pada ketika itu serta-merta bingkas lantas bersabda: "Wahai Umar! Masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? Keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. Orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagian mereka yang baik di dunia ini, sedangkan bagi kita, perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat. Daku tersedar dan menyesal lalu merayu Baginda, "Ya Rasulullah! Mintalah ampun untukku. Sebenarnya daku bersalah."
Lihat kesan duniawi terhadap rumahtangga dan kesan Akhirat kepada Nabi Allah yang tercinta. Lihatlah bagaimana Nabi menegur Umar r.a. ketika beliau meminta dipohonkan sedikit kelapangan dan keselesaan untuk mereka.
Seorang telah bertanya 'Aisyah r. anha mengenai tempat tidur Rasulullah saw di dalam rumahnya. Beliau memberitahu:
"Tempat tidur itu terdiri daripada bantal kulit yang disumbat dengan kulit pokok tamar."
Seorang yang sama diajukan kepada Hafsah r. anha. Beliau memberitahu:
"Ia terdiri daripada sehelai kain kasar dihamparkan untuknya setelah dilipat dua. Suatu hari daku telah melipatnya sebanyak empat lipatan agar baginda lebih selesa. Pada waktu subuh Baginda bertanya kepada ku: "Hamparan apa yang kamu bentangkan untukku semalam?" Jawabku: "Kain yang sama tetapi daku telah lipatkan menjadi empar, tidak seperti biasa." Baginda menjawab: "Lipatlah seperti biasa. Kelembutan yang bertambah itu menghalangiku untuk bangun Tahajjud."
Perhatikan keadaan perabot di bilik tidur kita. Kita yang biasa hidup di dalam serba selesa dengan mudah mengomel apabila datangnya masa kesusahan. Bukanlah mahu bersyukur dan lebih taat kepada Allah di atas nikmat kurniaNya.
No comments:
Post a Comment