Tuesday, August 12, 2008

Kelebihan Solat Sunat Subuh (Sunat Fajar)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

2 comments:

ar-rahman said...

solat sunat sebelum solat subuh sama tak dengan solat sunat fajar

Unknown said...

Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Harap Dapat Share(SEBARKAN) . Selamat Beramal . :')