Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala menggandakan di kalangn kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar Gunung Uhud!" (Sahih Al-Jami, hadis 1815)
Lihat, derma ikhlas sebiji kurma digandakan pahalanya sehingga sebesar Gunung Uhud!
Masya-Allah!
Kalaulah ini pahala sedekah yang ikhlas yang digandakan oleh Allah Ta'ala daripada sekecil biji kurma lal menjadi sebesar Gunung Uhud, bagaimana kalau derma ikhlas itu sebanyak 1 kg kurma (katakanlah 1kg ada sebanyak 100 biji kurma) diberikan kepada fakir miskin, maka Allah Subhanahu Wata'ala akan menggandakan pahalanya itu sehingga sebanyak 100 kali sebesar Gubung Uhud!
Subhanallah! 100 kali sebesar Gunung Uhud!
Dan pahala menderma tidak hanya terbatas dengan memberi sedekah makanan sahaja, bahkan apa sahaja bantuan diberikan kepada mereka yang dalam kesusahan, dikira termasuk dalam pengertian hadis tadi. ini termasuklah bantuan kewangan, pakaian, perubata, pelajaran, tempat tinggal dan sebagainya.
Apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dengan sebiji kurma adalah untuk mendekatkan kefahaman masyarakat Arab ketika itu dan juga untuk mengingatkan kepada kita supaya jangan memperkecilkan segala amalan kebaikan, walau dengan hanya sekecil biji kurma sekalipun.
Sumber: Buku "Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun!"
Oleh: Hj Ahmad Haris Suhaimi (M.A. Syariah, Mesir)
Bab: Zakat dan Sedekah
Mukasurat: 192-193
No comments:
Post a Comment